Wednesday, September 19, 2012

PEMBENTANGAN KUMPULAN AKTIVITI NILAM

Pembentangan daripada ahli kumpulan ALTAVISTA mengenai aktiviti Nilam yang bakal dijalankan pada tahun 2013. Setiap kumpulan diwajibkan untuk membentang aktiviti yang telah dirancang..Perkongsian ilmu ini telah diadakan di dalam kursus yang dianjurkan oleh BTPN TRG bertempat di Marang. Kursus ini berlangsung selama 4 hari bermula 17 September 2012 ( Isnin) sehingga 20 September 2012 ( Khamis). Syabas diucapkan kepada semua GPM ( Guru Perpustakaan dan Media) yang telah menunjukkan minat dan kesungguhan serta komitmen yang tinggi sepanjang kursus ini. Terima kasih tidak terhingga kepada semua fasilitator yang banyak membantu terutama semasa sesi Pembinaan Blog.

LAGU SMASID


1. VISI SMASID
     SMASID  Cemerlang di Terenganu pada Tahun 2014.

2. MISI
    Memberi pendidikan berkualiti kepada pelajar-pelajar berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam untuk melahirkan modal insan yang gemilang dan bertaqwa.

3. MOTO
    SMASID beradab ceria dan cemerlang.
salam...
Tahun 2011 sudah hampir ke penghujungnya dan sudah pasti 2012 akan mengambil tempatnya. Kepada semua warga smasid...jangan lupa pendaftaran untuk Ting. 2, 3 dan 5 akan diadakan pada hari  isnin (2/1/2012) jam 9.00 pg. Sekolah pula akan bermula pada hari selasa 3/1/2012.

Jangan terperanjat...nama2 kelas telah ditukar dengan nama yang baru iaitu 1 Bukhari, 1 Muslim, 1 Abu Daud, 1 At Tirmizi, 1 An Nasae, 1 Ibnu Majah. Tingkatan 2 tambah 1 nama lagi iaitu 2 Al Baihaqi...selamat kembali ke sekolah semua.

Tuesday, September 11, 2012

Selamat Datang

Pusat Sumber SMASID Mengalu-alukan kedatangan semua tetamu
SELAMAT DATANG KE BLOG PUSAT SUMBER SMASID

video nilam